Sunday, November 8, 2009

Tugasan Kelas: Nota

Konsep Kajian Tindakan

Kajian tindakan merupakan kajian berbentuk ilmiah yang dijalankan secara longgar, khususnya apabila kajian dijalankan berkaitan teori-teori atau metodologi pembelajaran di sesuatu kelas. Contohnya, seorang guru yang mencuba kaedah baru serta membandingkan pencapaiannya dengan kejayaan-kejayaan lampau yang mengguna pakai kaedah-kaedah yang berlainan sebenarnya sedang melakukan kajian tindakan. Maka,dapatlah disimpulkan di sini bahawa kajian tindakan adalah juga satu bentuk kajian gunaan yang bertindak menyelidik aplikasi sesuatu prinsip atau kaedah dalam situasi yang khusus. Kajian tindakan amat berfokus kepada sampel yang spesifik, aspek perawakan persampelan menjadi sesuatu yang dipertikaikan, maka generalisasi tidak dapat dibuat. Kajian tindakan dalam pendidikan adalah kajian yang dijalankan oleh guru-guru di sekolah hasil daripada aktiviti-aktiviti menambah baik pengajaran. Guru sebagai penyelidik boleh berada dalam sesuatu situasi sosial yang diselidik dan juga terlibat sebagai perserta aktif.Walaupun kajian tindakan dapat dijalankan bersendirian, tetapi lebih baik dijalankan secara bekerjasama.
Reka Bentuk dan Model Kajian Tindakan

Umumnya, pendekatan-pendekatan kajian tindakan berasaskan kepada prinsip-prinsip asas dari Kurt Lewin. Ia dilaksanakan dalam satu siri langkah-langkah dalam gelungan yang melibatkan 4 langkah asas selepas dikenal pasti isu yang hendak diperbaiki iaitu merancang, bertindak, memerhati dan mereflek. Ia boleh diubahsuaikan berdasarkan situasi sebenar.


Rajah 1: Model Kajian Tindakan Kemmis & McTaggart 1988
Kemmis & Mctaggart mengatakan bahawa kajian tindakan ialah suatu bentuk refleksi kendiri melalui aktiviti inkuiri bagi memperbaiki dan memahami amalan serta situasi sosial. Bagi mereka, kajian tindakan adalah rasional dalam menjustifikasi amalan-amalan sosial dan pendidikan.





Rajah 2: Model Kajian Tindakan Elliott 1991
Elliot menegaskan kajian tindakan sebagai penyelidikan yang berusaha mempertingkatkan mutu profesionalisme guru, merupakan penyelidikan terhadap situasi sosial di sekolah bertujuan memperbaiki amalan guru. Dia selanjutnya bertambah bahawa kajian tindakan adalah rangka bagi menilai kendiri di sekolah yang mana ia mementingkan amalan refleksi dan inkuiri. Konsep ini dapat diperluaskan kepada menambahbaik amalan kendiri dalam sebarang situasi sosial.

No comments:

Post a Comment