Tajuk: You and Your Action Research Project
Pengarang: Jean McNiff, Pamela Lomax, Jack Whitehead
Penerbit: RoutledgeFalmer,London,2003
Maksud kajian tindakan
Kajian tindakan merupakan satu proses di mana manusia bertanya secara individu dan secara kolektif dalam kehidupan sebenar mereka iaitu 'Bagaimanakah saya memperbaiki dengan apa yang saya sedang lakukan untuk kebaikan semua?’ Kajian ini melibatkan penyelidik supaya dia berada dalam situasi. Kajian tindakan juga merupakan satu nama yang diberi berdasarkan aliran baru-baru ini dalam pendidikan dan penyelidikan sosial di mana "Saya" diletakkan sebagai pusat dalam proses-proses pertanyaan. Ia adalah satu bentuk kajian diri sendiri, atau pertanyaan sebagai orang pertama.
Mengapa guru melakukan kajian tindakan?
Guru ingin membangunkan hubungan berpendidikan bagi membolehkan para peserta untuk belajar dan berkembang. Selain itu, guru melakukan kajian tindakan adalah untuk meningkatkan pembelajaran kendiri dan menambahbaikan situasi sosial sebagai seorang guru.
Bila guru melakukan kajian tindakan?
Guru melakukan kajian tindakan apabila ingin menyiasat sesuatu yang sedang berlaku dan tidak pernah diketahui sebelum ini dalam situasi tertentu serta cuba untuk memperbaikinya.
Di mana guru melakukan kajian tindakan?
Guru melakukan kajian tindakan di tempat kerjanya iaitu sekolah atau situasi di mana guru berada dalam situasi tersebut.
Bagaimana guru melakukan kajian tindakan?
1) Prosedur
- Mengenalpasti masalah
- Mengumpul data (pusingan pertama)
- Mengenalpasti kriteria yang perlu dikaji
- Membayangkan pelbagai kaedah penyelesaian
- Melaksanakan kaedah penyelesaian yang dipilih
- Mengumpul data (pusingan kedua dan selanjutnya)
- Menghasilkan bukti (memadankan data dengan kriteria = menganalisiskan data)
- Mengumpulkan bahan-bahan pengesahan
2) Pengumpulan dan penganalisisan data
a) Buku harian kajian
Digunakan sebagai pengkaji untuk mencatatkan idea-idea dan perasaan-perasaan yang bertumpu kepada isu-isu yang berkaitan dengan kajian tindakan. Buku harian kajian mengandungi had masa yang jelas, catatan umum, data mentah yang tertakluk kepada kajian dan mencartakan kemajuan kajian sama ada berjaya atau tidak.
b) Pemerhatian
Pengkaji sebenarnya sedang memerhati apa yang sedang berlaku dan mencatatkan pemerhatiannya. Strategi-strategi mencartakan pemerhatian adalah seperti pengiraan kepala ( mengira jumlah kali berlakunya peristiwa tertentu yang ingin dikaji dan menghasilkan satu carta), carta interaksi (melukis satu grafik yang berhubung secara dinamik apa yang sedang berlaku), analisis bertatacara (menulis satu agenda atau rancangan masa untuk program tertentu dan memplotkan tindakan-tindakan serta interaksi berhubung antara satu sama lain) dan analisis proses interaksi (berguna untuk mengesan perubahan-perubahan dalam kepelbagaian situasi sepanjang masa).
c) Soal selidik
Digunakan untuk mengetahui maklumat yang tidak boleh dipastikan dan menilai kesan suatu tindakan sekiranya tiada cara lain yang lebih sesuai. Soalan tertutup mempunyai format terhad seperti menanda pada kotak tertentu yang mengandungi satu jawapan yang disediakan. soalan terbuka pula membenarkan responden melahirkan pelbagai pendapat mereka.
d) Temubual
Oleh sebab kajian tindakan sentiasa berhala pendidikan, temubual adalah satu perbincangan yang biasa dan tidak formal. Pengkaji seharusnya memberitahu orang yang akan ditemubual tentang apa yang dibincang dan melahirkan kemahiran mendengar yang baik supaya menghormati orang yang ditemubual.
e) Fotografi, rakaman audio dan video
Fotografi dalam kajian tindakan adalah untuk tindakan dokumen manakala rakaman audio dan video merupakan penggunaan media interaktif yang membolehkan realiti direkodkan supay disimpan untuk disunting atau dinilai kemudian.
Etika kajian tindakan
- menyediakan dokumentasi dan mengedarkannya kepada setiap ahli peserta. Dokumentasi ini adalah termasuk kenyataan etika iaitu bagaimana pengkaji akan melakukan kajian dan surat-surat kebenaran untuk menjalankan kajian ini.
- berunding dengan pihak berkuasa, para peserta, ibu bapa atau penjaga kepada peserta. Pengkaji harus mewujudkan sempadan-sempadan untuk mengetahui apa yang patut dan apa yang tidak patut dilakukan. Pengkaji juga perlu meminta kebenaran daripada orang yang akan terlibat dalam kajian dengan menghantar surat ke rumah peserta atau mengadakan perjumpaan untuk menjelaskan apa yang akan pengkaji lakukan dalam kajian ini.
- berjanji kerahsiaan dalam segala informasi, identiti dan data keputusan kajian. Semua perkara harus mendapat kebenaran sebelum memaparkan keputusan kajian. Segala rakaman video atau audio harus mendapat persetujuan sebelum melakasanakannya dan menjelaskan kepada orang yang akan ditemubual bahawa bagaimana data akan digunakan dan pengkaji harus berpegang kepada komitmen sendiri.
- mewujudkan daripada permulaan bahawa pengkaji adalah seseorang yang boleh dipercayai dan harus berpegang kepada segala janji tentang rundingan, kerahsiaan dan laporan.
No comments:
Post a Comment