Guru pelatih
- Untuk memahami situasi sebenar di sekolah(sebagai panduan pada masa hadapan).
- Sebagai rujukan untuk menangani masalah yang bakal dihadapi di sekolah.
- Sebagai pembelajaran seumur hidup.
- Untuk melatih diri supaya menjadi seorang pendidik yang kreatif dan inovatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
- Untuk merancang proses pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dan bermakana kepada pelajar dimana guru boleh mengaitkan pengajaran dengan kehidupan harian.
Guru novis
- Mengenalpasti masalah yang dihadapi, punca-punca masalah dan cara-cara penambahbaikan.
- Memperbaiki kaedah pengajaran dan pembelajaran sedia ada supaya menyesuaikannya dengan tahap penguasaan dan kebolehan pelajar.
- Pembelajaran seumur hidup.
- Melahirkan model insan yang mempunyai jati diri yang kuat, berketrampilan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi selaras dengan keperluan negara maju 2020.
- Meningkatkan interaksi di antara guru dengan guru dan guru dengan pelajar.
Guru berpengalaman
- Hasil dapatan daripada kajian tindakan dapat dijadikan rujukan guru pelatih dan guru novis.
- Pembelajaran seumur hidup.
- Menggalakkan guru menyelesaikan masalah amalan harian dengan membuatrefleksi bagi mendapatkan idea dan strategi baru dalam usaha membawa pembaharuan dan kemajuan.
- Menggalakkan guru menyelidik amalan-amalan yang ingin diperbaiki dalam kerjamereka dalam kelas untuk membaiki tindakan dan menilai hasil dan keberkesanan usaha itu.
- Menambahbaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sedia ada hingga mantap supaya berkesan kepada pelajar.
Mengapa kumpulan saya ingin melakukan tajuk yang dipilih untuk mini kajian tindakan?
1) Memberi peluang kepada pelajar belajar antara satu sama lain.
2) Meningkatkan keyakinan diri pelajar dalam membentangkan hasil kerja mereka depan kelas dan proses pengajaran rakan-rakan yang lain tentang tajuk yang diberikan.
3) Meningkatkan kefahaman pelajar melalui penerokaan sendiri terhadap tajuk yang diberikan.
4) Melatih kemahiran memimpin pelajar dengan bekerja dalam kumpulan, misalnya dari segi pembahagian tugasan, pengurusan masa, pemilihan strategi pelaksanaan dan membuat keputusan.
5) Melatih kemahiran integrasi sosial pelajar dari segi pemberian pendapat tentang pembentangan atau jawapan rakan-rakan dan penerimaan pendapat atau komen orang lain.
6) Menggalakkan kerjasama antara pelajar.
7) Membentuk proses pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna kepada pelajar.
No comments:
Post a Comment