Tajuk Pembentangan Kajian Tindakan II: Meningkatkan Penguasaan Huruf Hijaiyyah dengan Menggunakan Pendekatan Talaqqi (Berhadapan dengan Guru) bagi Pelajar Bermasalah Pendengaran Tingkatan 5
Pernyataan masalah
Pelajar bermasalah pendengaran tingkatan 5 tidak dapat menguasai dan mengenali huruf hijaiyyah dengan baik. Maka, kajian tindakan ini dijalankan adalah untuk menarik minat dan meningkatkan kemahiran mengingat huruf hijaiyyah di kalangan pelajar bermasalah pendengaran tingkatan 5.
Metodologi, setting kajian, sampel kajian
Kajian ini melibatkan 15 orang pelajar lelaki di Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional (P) Shah Alam. Metodologi kajian ini melibatkan kitaran berulangan yang mempunyai 4 bahagian iaitu merancang, tindakan, pemerhatian dan refleksi.
Pengumpulan dan penganalisisan data
Pengumpulan dan penganalisisan data
Data kajian dikumpul dan dianalisis melalui kaedah kualitatif dan kaedah kuantitatif. Data kualitatif termasuk pemerhatian, rakaman video dan temu bual manakala data kuantitatif adalah ujian formatif.
1) Pemerhatian
Pemerhatian dijalankan oleh pengkaji sepanjang sesi pengajaran dilakukan. Kaedah ini membolehkan pengkaji memerhati respon pelajar secara langsung tetapi tidak dapat memerhati semua pelajar dalam satu kelas.
2) Rakaman video
Pengkaji merakam reaksi dan penglibatan pelajar sepanjang sesi pengajaran secara ramai dan berhadapan dengan guru. Kaedah ini dapat merakam segala tingkah laku pelajar-pelajar dalam kelas yang mungkin tidak dapat diperhatikan oleh pengkaji tetapi rakaman video memerlukan bekalan elektrik atau bateri yang mencukupi.
3) Temu bual
Guru menemubual pelajar-pelajar untuk mengetahui pendapat mereka tentang pendekatan Talaqqi dalam pengajaran huruf Hijaiyyah. Ini membolehkan pengkaji mengetahui fikiran dan pendapat pelajar sendiri tetapi memakan masa yang panjang.
4) Ujian formatif
Pengkaji memberikan ujian untuk menilai penghafalan dan penguasaan pelajar terhadap huruf Hijaiyyah. Kaedah ini membolehkan pengkaji mengukur tahap pencapaian pelajar supaya mengetahui sama ada objektif kajian tercapai atau tidak.
Implikasi kajian
Respon positif diperoleh dari guru Pendidikan Islam dan pelajar terhadap penguasaan huruf hijaiyyah. Pelajar-pelajar lebih memberi tumpuan dan berminat untuk belajar apabila diperkenalkan pendekatan talaqqi.
Apa yang dapat saya pelajari dari kajian tersebut
Pendekatan talaqqi mengfokuskan pengajaran secara langsung iaitu secara berhadapan dengan guru. Pelajar-pelajar pendidikan khas lebih sesuai dengan alternatif kaedah talaqqi dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
No comments:
Post a Comment