Sunday, November 8, 2009

Tugasan 2: Ulasan Jurnal


Jurnal 1:


Paisey, C. & Paisey, N.J. 2005. Improving accounting education through the use of action research. Journal of Accounting Education 23: 1-19.


Tajuk: Improving accounting education through the use of action research


Masalah

Association to Advance Collegiate Schools of Business (AACSB) menekankan peningkatan berterusan dan promosi kegiatan ilmuan dalam bidang perakaunan. Pada tahun keempat dalam sarjanamuda perakaunan, semua pelajar perlu menyelidik piawaian perakaunan dan digalakkan untuk membaca, menterjemahkan, dan menilaikan kesemua piawaian ini. Walau bagaimanapun, ramai pelajar mengutamakan bacaan rumusan-rumusan piawaian perakauanan dalam buku-buku teks daripada membaca dari dokumen-dokumen sumber pertama melalui pemerhatian kelas dan perbincangan dengan pelajar. Maka,kajian tindakan yang dijalankan oleh penyelidik adalah cara-cara menggalakkan pelajar-pelajar membiasakan diri dengan piawaian perakaunan dengan membaca dokumen-dokumen sumber pertama dan bukan rumusan-rumusan daripada buku teks.


Sampel kajian

52 pelajar (tahun keempat dalam sarjanamuda perakaunan)


Setting kajian

Salah sebuah universiti di Scotland


Prosedur kajian tindakan

Kajian tindakan ini terbahagi kepada 2 kitaran. Dalam kitaran pertama, terdapat 5 langkah iaitu


1) Takrifan masalah – bagaimana menggalakkan pelajar-pelajar membaca dokumen-dokumen sumber pertama daripada bergantung kepada rumusan-rumusan buku-buku teks.


2) Pengumpulan data dan penentuan cara mengajar yang boleh diubah – Perbincangan secara tak formal dengan pelajar-pelajar dan pemerhatian dalam perpustakaan serta perbincangan dengan pustakawan dijalankan untuk mengumpul data. Dua cara yang boleh diguna adalah dokumen berkaitan dimasukkan dalam nota-nota pelajar dan pembelian pakej komputer yang mengandungi dokumen-dokumen berkaitan untuk kegunaan pelajar.


3) Pelaksanaan perubahan – Pakej perisian yang mengandungi dokumen-dokumen berkaitan disediakan dalam makmal komputer untuk kegunaan pelajar.


4) Pemantauan dan penilaian perubahan – Pemerhatian dalam sesi makmal, perbincangan secara tidak formal dengan pelajar-pelajar dan refleksi terhadap pengetahuan yang dipamerkan oleh pelajar dalam kelas.


5) Pengkajian semula dan refleksi atas perubahan – Kebanyakan pelajar memberi respon positif, maka ia akan digunakan lagi dalam kitaran kedua.


Dalam kitaran kedua, penggunaan pakej perisian yang mengandungi dokumen-dokumen berkaitan digunakan secara meluas. Selain daripada pemerhatian, perbincangan dengan pelajar-pelajar dan refleksi, soal selidik juga diagihkan untuk mendapat keputusan yang yang lebih lengkap.


Pengumpulan dan penganalisisan data kajian

Data kajian ini dikumpul melalui kaedah kualitatif iaitu pemerhatian dalam sesi pengajaran, perbincangan dengan pelajar-pelajar dan refleksi serta kaedah kuantitatif iaitu soal selidik. Soalan dalam soal selidik termasuk setakat mana penggunaan mereka, sejauh mana mereka mendapati pakej perisian ini memberi kegunaan kepada mereka, tujuan penggunaan pakej perisian ini, dan ciri-ciri pakej perisian.


Dapatan kajian tindakan

Keputusan kajian ini menunjukkan bahawa pelajar-pelajar menganggap bahawa pakej perisian ini amat berguna dan mudah digunakan, dan kebanyakan pelajar telah menggunakan perisian ini untuk pelbagai tujuan. Maka, penggunaan pakej perisian membantu pelajar-pelajar membaca dokumen-dokumen sumber pertama.


Jurnal 2:


Jang, S. -J. 2009. Exploration of secondary students’ creativity by integrating web-based technology into an innovative science curriculum. Computers & Education 52: 247-255.


Tajuk: Exploration of secondary students’ creativity by integrating web-based technology into an innovative science curriculum


Masalah

Salah satu arah dalam pendidikan Taiwan adalah untuk menggalakkan penggunan kreativiti rakyatnya. Walau bagaimanapun, tekanan peperiksaan kemasukan universiti di Taiwan yang serius menyebabkan sekolah-sekolah menengah biasanya mengambil kurikulum penghafalan pengetahuan yang sesuai dan kebanyakan guru melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran tradisional sebagai strategi mengajar. Hal ini disebabkan oleh tekanan peperiksaan kemasukan universiti di Taiwan yang serius. Maka, kebanyakan rangsangan yang membolehkan pelajar-pelajar berfikir secara kreatif kekal tidak berjaya. Tujuan kajian ini adalah untuk menyiasat bagaimana teknologi berpangkalan web boleh digunakan dan disepadukan dengan bahan-bahan saintifik dalam kehidupan sebenar untuk merangsang kreativiti pelajar-pelajar sekolah menengah.


Sampel kajian

31 orang pelajar tingkatan 1


Setting kajian

Sekolah menengah di Taoyuan Country, Taiwan.


Prosedur kajian tindakan

Pada permulaan semester, satu sistem sumber pendidikan dibina. Laman web itu berfungsi untuk sumber pengajaran tambahan, penaksiran kurikulum, forum perbincangan, perbincangan kumpulan, dan sebagainya. Pengkaji menyepadukan pengajaran secara talian dan bahan-bahan hidup sebenar dalam pengajaran semasa bagi membantu melaksanakan penyelidikan dalam persekitaran pengajaran lazim.


Dalam pengajaran sains sepanjang semester, kaedah mengajar yang digunakan meliputi 5 langkah iaitu


1. Kerja rumah berpangkalan web sebelum memulakan kelas. Pelajar-pelajar diberi kerja rumah tentang kelas seterusnya dan perlu menyiapkan kerja rumah untuk berbincang dalam kelas supaya mereka lebih memberi tumpuan dalam subjek ini.


2. Penyampaian konsep-konsep terma dan penjelasan melalui Power Point oleh guru.


3. Reka bentuk eksperimen dalam kumpulan oleh pelajar dan berkongsi keputusan eksperimen serta refleksi antara satu sama lain selepas eksperimen.


4. Soalan berdasarkan kerja rumah dalam talian. Pelajar-pelajar memberi respon kepada soalan-soalan dalam talian dan menyelesaikan kerja rumah secara individu dan dalam kumpulan.


5. Kesimpulan dan aplikasi. Pelajar-pelajar patut mengaplikasikan apa yang telah dipelajari dalam kelas.


Semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan, perakaman pita video dilakukan. Kelima-lima langkah ini akan diulangi sehingga akhir semester dan guru akan membuat refleksi sendiri melalui jurnal reflektif selepas setiap proses P&P. Selepas satu semester, kesemua 7 kumpulan akan memilih seorang ahli kumpulan untuk menjalankan temubual masing-masing dengan pengkaji. Selepas pengumpulan dan penganalisisan data, pengkaji akan membuat refleksi keseluruhan untuk melihat objektif dicapai atau tidak.


Pengumpulan dan penganalisisan data kajian

Kajian itu menggunakan 4 sumber data iaitu data online, jurnal reflektif guru, rakaman video dan temubual. Data online termasuk soalan dan isi perbincangan online antara pengajar dan pelajar, penyerahan kerja rumah dan maklum balas online, komunikasi tentang masalah individu dan jawapannya melalui e-mel, serta maklumat lain dalam talian yang berkaitan dengan subjek pengajaran. Jurnal reflektif guru pula termasuk pemerhatian, perasaan, analisis, refleksi kendiri, dan penilaian kendiri tentang prestasi pengajaran dan aspek-aspek lain dalam kursus. Rakaman video merangkumi rakaman tentang proses pengajaran dan pebelajaran dalam kelas semasa proses penyelidikan dijalankan. Temubual bertujuan untuk mengetahui pendapat pelajar mengenai kaedah mengajar.


Dapatan kajian tindakan

Keputusan-keputusan kajian menunjukkan bahawa kajian ini menyediakan maklumat untuk meningkatkan kepekaan, kefasihan, fleksibiti, keaslian, dan kreativiti saintifik pelajar-pelajar. Kreativiti pelajar-pelajar dimotivasikan oleh aktiviti-aktiviti dalam talian dan siasatan guru. Walau bagaimanapun, masalah-masalah proses pengajaran dan pembelajaran adalah termasuk tarikan yang kuat terhadap internet, keupayaan pelajar-pelajar yang lemah dalam memproseskan perkataan dan perbincangan dalam talian, dan banyak masa diperlukan untuk menghabiskan aktiviti-aktiviti penerokaan.


Jurnal 3:


Ghaith, G. 2001. Learners’ perceptions of their STAD cooperative experience. System 29: 289-301


Tajuk: Learners’ perceptions of their STAD cooperative experience.


Masalah

Pembelajaran kooperatif telah banyak kali dibuktikan memberi impak yang lebih hebat daripada proses pengajaran berbentuk individualistik dan kompetitif. Walau bagaimanapun, pengetahuan tentang persepsi pelajar-pelajar mengenai pengalaman pembelajaran kooperatif dan keadaan di mana pembelajaran kooperatif boleh meningkatkan pencapaian adalah sedikit. Maka, kajian ini bertujuan menyiasat persepsi sekumpulan pelajar-pelajar sekolah menengah yang mempelajari bahasa Inggeris sebagai bahasa asing melalui strategi pembelajaran kooperatif Student Teams- Achievement Divisions (STAD) tentang pengalaman pembelajaran kooperatif mereka.


Sampel kajian

61 orang pelajar tingkatan 1 yang belajar Bahasa Inggeris sebagai bahasa asing


Setting kajian

Sekolah menengah di Lebanon


Prosedur kajian tindakan

Satu minggu sebelum kajian, para peserta diberi pra-ujian untuk menguji pengetahuan mereka dalam subjek bahasa Inggeris sebagai bahasa asing. Kajian ini berlangsung sepanjang 12 minggu. Para peserta dibahagikan kepada 14 pasukan heterogen dengan 4 orang ahli sepasukan dan 1 pasukan 5 orang ahli. Kajian ini dijalankan berdasarkan 4 komponen dalam strategi pembelajaran kooperatif STAD iaitu mengajar, pembelajaran berpasukan, kuiz individu, dan pengiktirafan pasukan.


Setiap pengajaran dimulakan dengan pembentangan guru untuk memperkenalkan dan membincangkan bahan pelajaran. Kemudian para peserta bekerja dalam kumpulan untuk menyiapkan lembaran kerja mereka dan memastikan mereka membantu satu sama lain supaya semua ahli pasukan telah memahami apa yang diajar dan bersetuju untuk jawapan-jawapan bagi lembaran kerja. Para peserta selepas itu mengambil kuiz individu dan tidak dibenarkan membantu satu sama lain dengan tujuan memastikan setiap pelajar membuat pembelajaran kendiri masing-masing semasa dalam pembelajaran pasukan. Skor pada kuiz digunakan untuk menentukan peningkatan pelajar masing-masing dengan membandingkan kuiz skor bagi pencapaian lepas. Skor pasukan adalah dikira dengan menambahkan skor peningkatan pelajar masing-masing dan dibahagi oleh jumlah ahli pasukan untuk menentukan pasukan purata.


Pada akhir kajian, para peserta itu menyelesaikan satu skala bezaan semantik yang menaksirkan persepsi-persepsi mereka mengenai pengalaman pembelajaran kooperatif. Jawapan-jawapan diletakkan dari 1 hingga 6 untuk menandakan tahap para peserta.


Pengumpulan dan penganalisisan data kajian

Data kajian dikumpul dan dianalisis melalui kaedah kuatitatif iaitu ujian pra dan skala bezaan semantik. Jawapan-jawapan bagi para peserta untuk skala bezaan semantik itu adalah disemak dan peratusan dikira dengan tujuan untuk menentukan persepsi-persepsi mereka tentnag pengalaman STAD mereka.


Dapatan kajian tindakan

61 orang pelajar membalas kepada skala bezaan semantik untuk melahirkan persepsi-persepsi mereka tentang kenikmatan dan keberkesanan pembelajaran STAD selepas 12 minggu pembelajaran kooperatif. Keputusan-keputusan menunjukkan bahawa pelajar-pelajar secara umum mempunyai pengalaman positif dan sanggup mencadangkan penggunaan STAD dalam subjek-subjek lain. Walau bagaimanapun, keputusan-keputusan ini menunjukkan bahawa pelajar-pelajar lelaki adalah lebih jelas daripada wanita tentang prosedur STAD dan mereka menekankan bahawa mereka telah belajar lebih daripada perempuan. Keputusan juga menunjukkan bahawa pelajar-pelajar cemerlang merasakan mereka telah menyumbang banyak dalm pembelajaran subjek ini berbanding dengan subjek lain yang mempunyai pencapaian yang lebih lemah.


No comments:

Post a Comment