Sunday, December 6, 2009

Aktiviti 13: Tugasan 4 - Mini Kajian Tindakan

Berdasarkan kursus psikologi/kaedah mengajar/ pentaksiran pembelajaran,
  1. Apakah teori-teori, strategi, kaedah yang boleh diguna/diadaptasi bagi setiap masalah?
  2. Membina kerangka teoritikal, konseptual, operasional kajian
  3. Selaras dengan pernyataan masalah dan tujuan/ objektif/ soalan kajian

1) Teori kontruktivisme

Menurut Bruner (1985) dan Von Glaserfeld (1980) konstruktivisme merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia dan berpegang kepada konsep melalui pengalaman sedia ada pelajar yang akan membina kefahaman masing-masing tentang perkara yang berlaku dalam kehidupan. Dengan lain perkataan, teori ini menjelaskan bahawa setiap manusia akan menjana prinsip kefahaman dalam minda sebagai model mengikut pengalaman sedia ada supaya ia boleh disesuaikan dengan pengalaman baru yang akan diterima. Ia juga melibatkan pengaplikasian kemahiran berfikir seperti menganalisis, mengintegrasi, dan membuat refleksi serta membentuk kefahaman baru tentang sesuatu konsep dengan mengintegrasi pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan baru.

Dalam persekitaran pengajaran-pembelajaran konstruktivisme yang menekankan pengajaran-pembelajaran berpusatkan pelajar, guru berperanan membantu membina kefahaman pelajar melalui kaedah yang sesuai mengikut tahap kemajuan pelajar masing-masing dan memberi peluang kepada pelajar-pelajar memainkan peranan yang aktif dalam proses pengajaran-pembelajaran agar mereka dapat mempelajari sesuatu pelajaran dengan melibatkan diri dalam aktiviti bilik darjah.(Von Glasersfeld, 1996; Neo dan Neo, 2002; Hirumi, 2002; Coombs dan Wong, 2000). Menurut teori ini, pembelajaran adalah hasil usaha pelajar itu sendiri dan guru tidak boleh belajar untuk mereka.

Maka, pelajar bertanggungjawab mencari pelbagai cara untuk memproses maklumat dan menyelesaikan masalah supaya mereka tidak menganggap guru sebagai pembekal maklumat tetapi hanya sebagai suatu daripada sumber pengetahuan untuk membantu mencari maklumat dan menggalakkan berfikir serta berkomunikasi. Mereka diberikan peluang untuk membuat keputusan sendiri tentang perkara-perkara yang akan mereka pelajari dan seterusnya mencapai objektif pembelajaran mereka. Akhirnya, pelajar yang dalam persekitaran pembelajaran konstruktivisme ini dapat belajar bagaimana menyerap dan memperoleh informasi baru yang dikehendaki untuk membina pengetahuan baru berasaskan pengetahuan yang sedia ada (Wong et al., 2003).

2) Pembelajaran Koperatif

Menurut Kagan & Olsen (1992), PK merupakan aktiviti pembelajaran dalam kumpulan yang berstruktur dimana pembelajaran adalah bergantung kepada pertukaran maklumat secara sosial antara ahli-ahli kumpulan, setiap murid adalah bertanggungjawab terhadap pembelajaran sendiri dan juga ahli kumpulannya. Johnson, Johnson, dan Holubec (1993), menyatakan PK sebagai pembelajaran dalam kumpulan kecil terdiri dari dua hingga empat orang murid yang bersifat heterogen untuk memaksimakan pembelajaran setiap ahli kumpulan bagi mencapai matlamat bersama. Seorang lagi pakar dalam PK, Slavin (1985), menakrifkan PK sebagai startegi pengajaran melalui kumpulan kecil heterogen yang berstuktur dan sistematik, beliau mendapati ia sesuai untuk semua mata matapelajaran dan juga murid dari semua peringkat.

Walaubagaimana pun, PK bukan setakat mengumpulkan murid dalam kumpulan kecil untuk duduk bersama-sama, berkongsi bahan pembelajaran dan berinteraksi sambil menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru. Menurut D. W. Johnson, dan R. T. Johnson (1989) dan Kagan (1992), PK yang berkesan dalam proses pembelajaran perlu mematuhi lima prinsip utama yang berikut :

(i) Hubungan saling gantung yang positif
Setiap ahli kumpulan perlu mempunyai persepsi bahawa mereka adalah saling bergantung untuk mencapai matlamat kumpulan yang diberikan, kejayaan seseorang ahli kumpulan bermaksud kejayaan seluruh kumpulan dan sebaliknya, kegagalan seorang ahli kumpulan bermaksud kegagalan seluruh kumpulan, ("sink or swim together"). Untuk mewujudkan hubungan saling positif, guru boleh merancang matlamat bersama untuk setiap kumpulan, memberi ganjaran kepada semua ahli kumpulan apabila setiap ahlinya mencapai kritiria yang ditentukan dan setiap ahli kumpulan boleh diberi perananperanan Kapten, Pelari, Penggalak dan Pemeriksa.

(ii) Akauntabiliti individu
Setiap ahli kumpulan bertanggungjawab untuk menunjukkan pencapaian pembelajaran individu. Ini dapat dilaksanakan dengan penilaian berterusan terhadap pencapaian murid sama ada dengan memberi ujian kepada semua murid atau pemilihan murid secara rawak dari setiap kumpulan untuk menjawab soalan dan markah yang diperolehi diberi kepada kumpulan tersebut.

(iii) Interaksi bersemuka
Untuk meningkatkan prestasi ahli kumpulan, ahli kumpulan perlu berinteraksi antara satu sama lain termasuklah berbincang, berkongsi maklumat dan memberi sokongan kepada usaha ahli kumpulan. Kedudukan ahli kumpulan boleh disusun supaya dapat bersemuka antara satu sama lain.

(iv) Kemahiran sosial
Kemahiran kumpulan kecil dan interpersonal adalah sangant penting untuk menjayakan PK. Guru perlu mengajar kemahiran-kemahiran tersebut dengan terancang dan teliti, antaranya ialah kemahiran berkomunikasi, mengurus konflik, memimpin, membuat keputusan, mendengar, memberi galakan dan mengikut giliran. Kemahihran sosial juga adalah amat penting untuk mewujudkan interaksi yang berkesan antara ahli kumpulan dari etnik dan budaya yang berbeza.

(v) Pemprosesan kumpulan
Ahli kumpulan menilai kembali usaha mereka serta kemajuan kumpulan dari segi pencapaian matlamat. Ini membolehkan ahli kumpulan terus berfokus pada matlamat bersama, berusaha membaiki kemahiran sosial, memastikan ahli kumpulan mendapat maklumbalas terhadap sumbangan masing-masing dan mengingatkan ahli kumpulan untuk terus bekerjasama.

Kerangka Konseptual


Kerangka Operasional


Aktiviti 12: Pemurnian

Berdasarkan maklum balas, buat penambahbaikan penyataan masalah, tujuan dan objektif kajian.

Tajuk : Kaedah Jigsaw dalam pengajaran dan pembelajaran


Pernyataan masalah :
1) Adakah kaedah Jigsaw meningkatkan penglibatan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran?
2) Adakah kaedah Jigsaw membantu pelajar lebih memahami tajuk pengajaran?
3) Adakah kaedah Jigsaw meningkatkan kerjasama antara pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran?

Tujuan :
1) Meningkatkan minat, penglibatan dan kerjasama antara pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Objektif :
1) Pelajar dapat menyelesaikan tugasan yang diberikan secara berkumpulan.
2) Pelajar dapat menyelesaikan soalan kuiz yang diberikan pada akhir pembelajaran.

Aktiviti 11: Tugasan 2 - Jurnal

Jurnal 1: Improving accounting education through the use of action research

Pernyataan masalah
  • Adakah membaca piawaian perakaunan dengan membaca dokumen-dokumen sumber pertama lebih bermanfaat berbanding dengan rumusan-rumusan daripada buku teks?
  • Adakah pembelian pakej komputer yang mengandungi dokumen-dokumen piawaian perakaunan dapat memperbaiki pendidikan perakaunan?
Jurnal 2: Exploration of secondary students' creativity by integrating web-based technology into an innovative science curriculum

Pernyataan masalah
  • Adakah teknologi berpangkalan web dapat merangsang kreativiti pelajar-pelajar sains sekolah menengah?
  • Adakah bahan-bahan saintifik dalam kehidupan sebenar dapat merangsang kreativiti pelajar-pelajar sains sekolah menengah?
Jurnal 3: Learners' perceptions of their STAD cooperative experience

Pernyataan masalah
  • Adakah pembelajaran kooperatif STAD dapat membantu pelajar-pelajar meningkatkan pencapaian?
  • Adakah pelajar-pelajar sekolah menengah mempunyai pengalaman yang baik tentang pengalaman pembelajaran kooperatif STAD mereka?

Saturday, December 5, 2009

Aktiviti 10: Tugasan 1 - Buku

MENGENALPASTI MASALAH KAJIAN TINDAKAN...

Masalah kajian tindakan dikenalpasti dengan membuat hipotesis dalam bidang yang diminati.

Pengkaji bermula dengan bertanya...
  • Bagaimana saya...
dan diteruskan dengan soalan-soalan yang berkaitan dengan pendidikan
  • memahami amalan saya dengan lebih baik?
  • membantu saya belajar?
  • menyumbang kepada bidang pendidikan?

Sunday, November 22, 2009

Aktiviti 9: Tugasan 4 - Mini Kajian Tindakan

Matlamat:

Menggalakkan penglibatan pelajar dalam menjana idea secara individu dan berkumpulan.

Objektif:

1) Pelajar dapat bekerjasama dengan baik dalm melaksanakan tugasan yang diberikan.
2) Pelajar dapat membentangkan hasil tugasan mereka.

Persoalan:

1) Adakah kaedah Jigsaw dapat membantu pelajar lebih memahami tajuk pengajaran?

Aktiviti 8: Tugasan 4 - Mini Kajian Tindakan

Kaedah Jigsaw dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran

Berdasarkan tajuk mini kajian tindakan, huraikan cadangan untuk mengatasi kelemahan pengajaran-pengajaran subjek berkenaan berdasarkan individu, ahli pasukan, ahli pasukan lain serta buku dan jurnal.

1) Membuat senarai semak untuk memastikan setiap ahli kumpulan dapat memahami tajuk yang diberikan.

2) Ahli-ahli kumpulan yang lain perlu membuat persediaan awal iaitu mencari maklumat tentang tajuk yang diberikan.

3) Guru boleh memberi tajuk lebih awal supaya pelajar dapat mencari sumber-sumber yang diperlukan.

4) Perancangan aktiviti Jigsaw yang bersesuaian dengan tahap penguasaan dan kebolehan pelajar untuk menarik minat dan penglibatan pelajar.

5) Peranan guru sebagai fasilitator untuk penstukturan kumpulan dan pengawalan masa supaya mengurangkan konflik antara pelajar dan memastikan aktiviti dapat dilaksanakan dalam masa yang diperuntukkan dan objektif aktiviti tercapai.

6) Kaedah Jigsaw sesuai digunakan untuk kelas yang mempunyai dua waktu atau lebih.

Aktiviti 7: Tugasan 4 - Mini Kajian Tindakan

Tajuk: Kaedah Jigsaw dalam proses pengajaran dan pembelajaran

Berdasarkan tajuk mini kajian tindakan, huraikan kelemahan pengajaran-pengajaran subjek berkenaan berdasarkan pengalaman individu, ahli pasukan, ahli pasukan lain serta buku dan jurnal.

Subjek : Matematik

1) Jalan kerja bagi suatu soalan adalah panjang dan perlu memastikannya adalah betul untuk mandapat jawapan yang tepat.

2) Pembelajaran Matematik dianggap sebagai sesuatu yang sukar dan membosankan. Dalam struktur bilik darjah tradisional, proses pengajaran dan pembelajaran Matematik lebih menekankan penghafalan formula dan latih tubi, kemahiran menjawab soalan peperiksaan dan pengajaran yang berpusatkan guru.
(Tajuk jurnal: Kesan pembelajaran koperatif terhadap sikap dan pencapaian metematik bagi murid-murid sekolah rendah di sekitar bandar Kuching
Penulis: Koh Lee Leng, Choy Sau Kam, Lai Kim Leong, Khaw Ah Hong, Seah Ai Kuan)

Subjek: Perdagangan

1) Pengajaran 'Chalk and Talk' yang membosankan dan pelajar hanya berperanan sebagai pendengar terhadap apa yang diajar oleh guru.

2) Pengajaran yang kurang melibatkan kerjasama antara pelajar sekelas.

3)Pengajaran yang kurang menggalakkan pemberian pendapat dan idea-idea pelajar.

Subjek: Sains

1) Terlalu banyak fakta yang perlu diingat dan dihafal.

2) Guru sains membuat demonstrasi atau menayangkan video eksperimen kepada pelajar-pelajar untuk menjimatkan masa kerana takut kekurangan masa untuk menghabiskan silibus pengajaran.

3) Pelajar mudah lupa dan kurang faham jika pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan secara kuliah.
(Tajuk jurnal: Promoting Cooperative Learning in Science and Mathematics Education: A Malaysain Persperctive
Penulis: Effandi Zakaria dan Zanaton Iksan)

4) Terdapat beberapa orang pelajar sahaja yang cuba menyuarakan pendapat dalam perbincangan yang dijalankan malangnya majoriti pelajar hanya menundukkan muka dan berdiam diri.
(Tajuk jurnal: Kepentingan pemikiran dan amalan refleksi dalam pengajaran sains di kawasan luar bandar
Penulis: Nor Hasniza Ibrahim, Johari Surif dan Muhammad Yusof Arshad)

Aktiviti 6: Tugasan 4 - Mini Kajian Tindakan

Tajuk: Kaedah Jigsaw dalam proses pengajaran dan pembelajaran

Berdasarkan tajuk mini kajian tindakan, huraikan kekuatan pengajaran-pengajaran subjek berkenaan berdasarkan pengalaman individu, ahli pasukan, ahli pasukan lain serta buku dan jurnal.

Subjek : Matematik

1) Topik-topik yang diajar dalam subjek matematik dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

2) Mengira merupakan asas kemahiran.

Subjek : Perdagangan
1)

Subjek : Sains

1)Banyak aktiviti boleh dilakukan dalam pengajaran sains seperti eksperimen yang boleh menarik minat pelajar-pelajar kerana dapat melakukan aktiviti sendiri.

2)Pengajaran sains boleh memperkembangkan sikap ingin tahu dan suka menyiasat.
(Tajuk jurnal: Sikap dan keyakinan guru-guru prasekolah dalam pengajaran saisn awal
Penulis: Zurida Haji Ismail dan Hashimah Mohd Yunus)

Sunday, November 15, 2009

Aktiviti 5: Tugasan 1 - Buku & Tugasan 4 - Mini Kajian Tindakan

Mengapa guru (pelatih/novis/ berpengalaman) perlu melakukan kajian tindakan?

Guru pelatih

  • Untuk memahami situasi sebenar di sekolah(sebagai panduan pada masa hadapan).
  • Sebagai rujukan untuk menangani masalah yang bakal dihadapi di sekolah.
  • Sebagai pembelajaran seumur hidup.
  • Untuk melatih diri supaya menjadi seorang pendidik yang kreatif dan inovatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
  • Untuk merancang proses pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dan bermakana kepada pelajar dimana guru boleh mengaitkan pengajaran dengan kehidupan harian.

Guru novis

  • Mengenalpasti masalah yang dihadapi, punca-punca masalah dan cara-cara penambahbaikan.
  • Memperbaiki kaedah pengajaran dan pembelajaran sedia ada supaya menyesuaikannya dengan tahap penguasaan dan kebolehan pelajar.
  • Pembelajaran seumur hidup.
  • Melahirkan model insan yang mempunyai jati diri yang kuat, berketrampilan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi selaras dengan keperluan negara maju 2020.
  • Meningkatkan interaksi di antara guru dengan guru dan guru dengan pelajar.

Guru berpengalaman

  • Hasil dapatan daripada kajian tindakan dapat dijadikan rujukan guru pelatih dan guru novis.
  • Pembelajaran seumur hidup.
  • Menggalakkan guru menyelesaikan masalah amalan harian dengan membuatrefleksi bagi mendapatkan idea dan strategi baru dalam usaha membawa pembaharuan dan kemajuan.
  • Menggalakkan guru menyelidik amalan-amalan yang ingin diperbaiki dalam kerjamereka dalam kelas untuk membaiki tindakan dan menilai hasil dan keberkesanan usaha itu.
  • Menambahbaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sedia ada hingga mantap supaya berkesan kepada pelajar.

Mengapa kumpulan saya ingin melakukan tajuk yang dipilih untuk mini kajian tindakan?

1) Memberi peluang kepada pelajar belajar antara satu sama lain.

2) Meningkatkan keyakinan diri pelajar dalam membentangkan hasil kerja mereka depan kelas dan proses pengajaran rakan-rakan yang lain tentang tajuk yang diberikan.

3) Meningkatkan kefahaman pelajar melalui penerokaan sendiri terhadap tajuk yang diberikan.

4) Melatih kemahiran memimpin pelajar dengan bekerja dalam kumpulan, misalnya dari segi pembahagian tugasan, pengurusan masa, pemilihan strategi pelaksanaan dan membuat keputusan.

5) Melatih kemahiran integrasi sosial pelajar dari segi pemberian pendapat tentang pembentangan atau jawapan rakan-rakan dan penerimaan pendapat atau komen orang lain.

6) Menggalakkan kerjasama antara pelajar.

7) Membentuk proses pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna kepada pelajar.

Aktiviti 4: Mini Kajian Tindakan

Cadangan Tajuk: Kaedah Jigsaw Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran

Peserta kajian: Pelajar Sains

Setting kajian: Bilik darjah

Aktiviti 3: Tugasan 3 - Kolokium DPLI

Tajuk 1: Meningkatkan Minat Pelajar dalam Mata Pelajaran Pendidikan Islam melalui Teknik Gubahan Lirik Lagu

Pembentang: Robiah Binti Mohamad
Siti Hajjar Hasnaa Binti Yahya

Adakah kajian tersebut sesuai dengan maksud kajian tindakan?
Kajian ini sesuai dengan maksud kajian tindakan kerana ia adalah berdasarkan kajian tindakan Kemmis & Mc Taggart yang mempunyai dua kitaran di mana setiap kitaran mempunyai 4 bahagian iaitu merancang, tindakan, pemerhatian dan refleksi. Data yang dikumpul dan dianalisis oleh ketiga-tiga pengkaji adalah melalui rakaman audio, rakaman video, pemerhatian dan juga temubual.

Tajuk 2: Meningkatkan Penguasaan Huruf Hijaiyyah dengan Menggunakan Pendekatan Talaqqi (Berhadapan dengan Guru) bagi Pelajar Bermasalah Pendengaran Tingkatan 5

Pembentang: Asparila Bt Che Mat
Nawal Bt Samsudin
Nor Afsah Bt Md Noor

Adakah kajian tersebut sesuai dengan maksud kajian tindakan?
Kajian ini adalah satu kajian tindakan kerana pengkaji-pengkaji sendiri yang terlibat dalam kajian ini. Kajian yang dijalankan oleh mereka melibatkan kitaran berulangan yang mempunyai 4 bahagian iaitu merancang, tindakan, pemerhatian dan refleksi. Data kajian dikumpul dan dianalisis melalui kaedah kualitatif dan kaedah kuantitatif. Data kualitatif termasuk pemerhatian, rakaman video dan temu bual manakala data kuantitatif adalah ujian formatif.

Saturday, November 14, 2009

Aktiviti 2: Tugasan 2 - Jurnal

Jurnal 1
Tajuk: Improving accounting education through the use of action research
Pengarang: Catriona Paisey, Nicholas J. Paisey

Jurnal 2
Tajuk: Exploration of secondary students' creativity by integrating web-based technology into an innovative science curriculum
Pengarang: Syh-Jong Jang

Jurnal 3
Tajuk: Learners' perceptions of their STAD cooperative experience
Pengarang: Ghazi Ghaith

Aktiviti 1: Tugasan 1 - Buku

APA ITU KAJIAN TINDAKAN???

The action of action research…implies change in people’s lives and therefore in the system in which they live
-J. Mcniff and J.Whitehead (2000)

Action research is…conducted by…the people empowered to take action… for the purpose of improving their future action.
-Richard Sagor (2005)

Kajian Tindakan adalah:
  • Suatu aktiviti profesional yang berterusan dan berkitar dimana ia perlu diintegrasikan dalam kebiasaan seseorang dan bertujuan untuk penambahbaikan.
  • Sesuatu yang praktikal kerana data yang dikumpul boleh membawa perubahan terhadap kelas atau sekolah dengan segera selepas kajian tersebut.
  • Melibatkan kerjasama antara guru dengan pelajar dan guru dengan guru. Setiap orang yang terlibat boleh mempengaruhi dan memberi sumbangan yang sama rata terhadap kajian.
  • Sentiasa bersedia untuk memberi penyelesaian berdasarkan pendapat yang berlainan daripada peserta kajian tersebut.
  • Bertindak sebagai agen perubahan seperti pertanyaan pelajar tentang kaedah pengajaran guru untuk mendapatkan maklum balas tentang kekuatan dan kelemahan kaedah yang digunakan.
    (Buku: Practical Action Research For Change 2nd edition)

    Kajian tindakan merupakan:
  • proses di mana manusia bertanya secara individu dan secara kolektif dalam kehidupan sebenar mereka, 'Bagaimanakah saya memperbaiki dengan apa yang saya sedang lakukan untuk kebaikan semua?’
  • kajian di mana penyelidik berada dalam situasi
  • satu nama diberi berdasarkan aliran baru-baru ini dalam pendidikan dan penyelidikan sosial di mana "Saya" diletakkan sebagai pusat dalam proses-proses pertanyaan.
  • satu bentuk kajian diri sendiri, atau pertanyaan sebagai orang pertama.
    (Buku: You And Your Action Research Project)

Tuesday, November 10, 2009

Tugasan 3(II): Laporan Pembentangan Kolokium Senior

Tajuk Pembentangan Kajian Tindakan II: Meningkatkan Penguasaan Huruf Hijaiyyah dengan Menggunakan Pendekatan Talaqqi (Berhadapan dengan Guru) bagi Pelajar Bermasalah Pendengaran Tingkatan 5

Pernyataan masalah
Pelajar bermasalah pendengaran tingkatan 5 tidak dapat menguasai dan mengenali huruf hijaiyyah dengan baik. Maka, kajian tindakan ini dijalankan adalah untuk menarik minat dan meningkatkan kemahiran mengingat huruf hijaiyyah di kalangan pelajar bermasalah pendengaran tingkatan 5.

Metodologi, setting kajian, sampel kajian
Kajian ini melibatkan 15 orang pelajar lelaki di Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional (P) Shah Alam. Metodologi kajian ini melibatkan kitaran berulangan yang mempunyai 4 bahagian iaitu merancang, tindakan, pemerhatian dan refleksi.

Pengumpulan dan penganalisisan data
Data kajian dikumpul dan dianalisis melalui kaedah kualitatif dan kaedah kuantitatif. Data kualitatif termasuk pemerhatian, rakaman video dan temu bual manakala data kuantitatif adalah ujian formatif.

1) Pemerhatian
Pemerhatian dijalankan oleh pengkaji sepanjang sesi pengajaran dilakukan. Kaedah ini membolehkan pengkaji memerhati respon pelajar secara langsung tetapi tidak dapat memerhati semua pelajar dalam satu kelas.

2) Rakaman video
Pengkaji merakam reaksi dan penglibatan pelajar sepanjang sesi pengajaran secara ramai dan berhadapan dengan guru. Kaedah ini dapat merakam segala tingkah laku pelajar-pelajar dalam kelas yang mungkin tidak dapat diperhatikan oleh pengkaji tetapi rakaman video memerlukan bekalan elektrik atau bateri yang mencukupi.

3) Temu bual
Guru menemubual pelajar-pelajar untuk mengetahui pendapat mereka tentang pendekatan Talaqqi dalam pengajaran huruf Hijaiyyah. Ini membolehkan pengkaji mengetahui fikiran dan pendapat pelajar sendiri tetapi memakan masa yang panjang.

4) Ujian formatif
Pengkaji memberikan ujian untuk menilai penghafalan dan penguasaan pelajar terhadap huruf Hijaiyyah. Kaedah ini membolehkan pengkaji mengukur tahap pencapaian pelajar supaya mengetahui sama ada objektif kajian tercapai atau tidak.

Implikasi kajian
Respon positif diperoleh dari guru Pendidikan Islam dan pelajar terhadap penguasaan huruf hijaiyyah. Pelajar-pelajar lebih memberi tumpuan dan berminat untuk belajar apabila diperkenalkan pendekatan talaqqi.

Apa yang dapat saya pelajari dari kajian tersebut
Pendekatan talaqqi mengfokuskan pengajaran secara langsung iaitu secara berhadapan dengan guru. Pelajar-pelajar pendidikan khas lebih sesuai dengan alternatif kaedah talaqqi dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Monday, November 9, 2009

Tugasan 3(I): Laporan Pembentangan Kolokium Senior

Tajuk Pembentangan Kajian Tindakan I: Meningkatkan Minat Pelajar dalam Mata Pelajaran Pendidikan Islam melalui Teknik Gubahan Lirik Lagu

Pernyataan masalah
Pelajar tingkatan dua kurang minat dan berasa bosan semasa mempelajari mata pelajaran pendidikan islam. Maka, kajian tindakan ini adalah untuk mengenalpasti sama ada teknik gubahan lirik lagu dapat meningkatkan minat pelajar tingkatan dua dalam mata pelajaran ini dan melatih para pelajar mengingati fakta dengan mudah dan berkesan.

Metodologi, setting kajian, sampel kajian
Kajian ini melibatkan 25 orang pelajar tingkatan 2 di dalam kelas SMK. Desa Perdana. Kajian ini adalah berdasarkan kajian tindakan Kemmis & Mc Taggart yang mempunyai dua kitaran di mana setiap kitaran mempunyai 4 bahagian iaitu merancang, tindakan, pemerhatian dan refleksi.

Pengumpulan dan penganalisisan data
Kajian ini mengumpul dan menganalisis data melalui rakaman audio, rakaman video, pemerhatian dan juga temubual.

Implikasi kajian
Pelajar merasa teruja dan bersemangat menyanyikan lagu ciptaan sendiri. Ini dapat melatih diri mereka menjadi lebih kreaktif. Maka,mereka seronok dan aktif melibatkan diri dalam tugasan yang diberikan. Akhirnya, mereka berminat dalam Pendidikan Islam dan membolehkan mereka mudah mengingat topik yang dipelajari.

Apa yang dapat saya pelajari dari kajian tersebut
Guru harus mempelbagaikan kaedah pengajaran supaya bersesuaian dengan topik yang diajar. Guru yang kreatif barulah boleh menarik minat pelajar untuk mempelajari mata pelajaran yang tidak disukai oleh pelajar-pelajar.

Sunday, November 8, 2009

Tugasan 2: Ulasan Jurnal


Jurnal 1:


Paisey, C. & Paisey, N.J. 2005. Improving accounting education through the use of action research. Journal of Accounting Education 23: 1-19.


Tajuk: Improving accounting education through the use of action research


Masalah

Association to Advance Collegiate Schools of Business (AACSB) menekankan peningkatan berterusan dan promosi kegiatan ilmuan dalam bidang perakaunan. Pada tahun keempat dalam sarjanamuda perakaunan, semua pelajar perlu menyelidik piawaian perakaunan dan digalakkan untuk membaca, menterjemahkan, dan menilaikan kesemua piawaian ini. Walau bagaimanapun, ramai pelajar mengutamakan bacaan rumusan-rumusan piawaian perakauanan dalam buku-buku teks daripada membaca dari dokumen-dokumen sumber pertama melalui pemerhatian kelas dan perbincangan dengan pelajar. Maka,kajian tindakan yang dijalankan oleh penyelidik adalah cara-cara menggalakkan pelajar-pelajar membiasakan diri dengan piawaian perakaunan dengan membaca dokumen-dokumen sumber pertama dan bukan rumusan-rumusan daripada buku teks.


Sampel kajian

52 pelajar (tahun keempat dalam sarjanamuda perakaunan)


Setting kajian

Salah sebuah universiti di Scotland


Prosedur kajian tindakan

Kajian tindakan ini terbahagi kepada 2 kitaran. Dalam kitaran pertama, terdapat 5 langkah iaitu


1) Takrifan masalah – bagaimana menggalakkan pelajar-pelajar membaca dokumen-dokumen sumber pertama daripada bergantung kepada rumusan-rumusan buku-buku teks.


2) Pengumpulan data dan penentuan cara mengajar yang boleh diubah – Perbincangan secara tak formal dengan pelajar-pelajar dan pemerhatian dalam perpustakaan serta perbincangan dengan pustakawan dijalankan untuk mengumpul data. Dua cara yang boleh diguna adalah dokumen berkaitan dimasukkan dalam nota-nota pelajar dan pembelian pakej komputer yang mengandungi dokumen-dokumen berkaitan untuk kegunaan pelajar.


3) Pelaksanaan perubahan – Pakej perisian yang mengandungi dokumen-dokumen berkaitan disediakan dalam makmal komputer untuk kegunaan pelajar.


4) Pemantauan dan penilaian perubahan – Pemerhatian dalam sesi makmal, perbincangan secara tidak formal dengan pelajar-pelajar dan refleksi terhadap pengetahuan yang dipamerkan oleh pelajar dalam kelas.


5) Pengkajian semula dan refleksi atas perubahan – Kebanyakan pelajar memberi respon positif, maka ia akan digunakan lagi dalam kitaran kedua.


Dalam kitaran kedua, penggunaan pakej perisian yang mengandungi dokumen-dokumen berkaitan digunakan secara meluas. Selain daripada pemerhatian, perbincangan dengan pelajar-pelajar dan refleksi, soal selidik juga diagihkan untuk mendapat keputusan yang yang lebih lengkap.


Pengumpulan dan penganalisisan data kajian

Data kajian ini dikumpul melalui kaedah kualitatif iaitu pemerhatian dalam sesi pengajaran, perbincangan dengan pelajar-pelajar dan refleksi serta kaedah kuantitatif iaitu soal selidik. Soalan dalam soal selidik termasuk setakat mana penggunaan mereka, sejauh mana mereka mendapati pakej perisian ini memberi kegunaan kepada mereka, tujuan penggunaan pakej perisian ini, dan ciri-ciri pakej perisian.


Dapatan kajian tindakan

Keputusan kajian ini menunjukkan bahawa pelajar-pelajar menganggap bahawa pakej perisian ini amat berguna dan mudah digunakan, dan kebanyakan pelajar telah menggunakan perisian ini untuk pelbagai tujuan. Maka, penggunaan pakej perisian membantu pelajar-pelajar membaca dokumen-dokumen sumber pertama.


Jurnal 2:


Jang, S. -J. 2009. Exploration of secondary students’ creativity by integrating web-based technology into an innovative science curriculum. Computers & Education 52: 247-255.


Tajuk: Exploration of secondary students’ creativity by integrating web-based technology into an innovative science curriculum


Masalah

Salah satu arah dalam pendidikan Taiwan adalah untuk menggalakkan penggunan kreativiti rakyatnya. Walau bagaimanapun, tekanan peperiksaan kemasukan universiti di Taiwan yang serius menyebabkan sekolah-sekolah menengah biasanya mengambil kurikulum penghafalan pengetahuan yang sesuai dan kebanyakan guru melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran tradisional sebagai strategi mengajar. Hal ini disebabkan oleh tekanan peperiksaan kemasukan universiti di Taiwan yang serius. Maka, kebanyakan rangsangan yang membolehkan pelajar-pelajar berfikir secara kreatif kekal tidak berjaya. Tujuan kajian ini adalah untuk menyiasat bagaimana teknologi berpangkalan web boleh digunakan dan disepadukan dengan bahan-bahan saintifik dalam kehidupan sebenar untuk merangsang kreativiti pelajar-pelajar sekolah menengah.


Sampel kajian

31 orang pelajar tingkatan 1


Setting kajian

Sekolah menengah di Taoyuan Country, Taiwan.


Prosedur kajian tindakan

Pada permulaan semester, satu sistem sumber pendidikan dibina. Laman web itu berfungsi untuk sumber pengajaran tambahan, penaksiran kurikulum, forum perbincangan, perbincangan kumpulan, dan sebagainya. Pengkaji menyepadukan pengajaran secara talian dan bahan-bahan hidup sebenar dalam pengajaran semasa bagi membantu melaksanakan penyelidikan dalam persekitaran pengajaran lazim.


Dalam pengajaran sains sepanjang semester, kaedah mengajar yang digunakan meliputi 5 langkah iaitu


1. Kerja rumah berpangkalan web sebelum memulakan kelas. Pelajar-pelajar diberi kerja rumah tentang kelas seterusnya dan perlu menyiapkan kerja rumah untuk berbincang dalam kelas supaya mereka lebih memberi tumpuan dalam subjek ini.


2. Penyampaian konsep-konsep terma dan penjelasan melalui Power Point oleh guru.


3. Reka bentuk eksperimen dalam kumpulan oleh pelajar dan berkongsi keputusan eksperimen serta refleksi antara satu sama lain selepas eksperimen.


4. Soalan berdasarkan kerja rumah dalam talian. Pelajar-pelajar memberi respon kepada soalan-soalan dalam talian dan menyelesaikan kerja rumah secara individu dan dalam kumpulan.


5. Kesimpulan dan aplikasi. Pelajar-pelajar patut mengaplikasikan apa yang telah dipelajari dalam kelas.


Semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan, perakaman pita video dilakukan. Kelima-lima langkah ini akan diulangi sehingga akhir semester dan guru akan membuat refleksi sendiri melalui jurnal reflektif selepas setiap proses P&P. Selepas satu semester, kesemua 7 kumpulan akan memilih seorang ahli kumpulan untuk menjalankan temubual masing-masing dengan pengkaji. Selepas pengumpulan dan penganalisisan data, pengkaji akan membuat refleksi keseluruhan untuk melihat objektif dicapai atau tidak.


Pengumpulan dan penganalisisan data kajian

Kajian itu menggunakan 4 sumber data iaitu data online, jurnal reflektif guru, rakaman video dan temubual. Data online termasuk soalan dan isi perbincangan online antara pengajar dan pelajar, penyerahan kerja rumah dan maklum balas online, komunikasi tentang masalah individu dan jawapannya melalui e-mel, serta maklumat lain dalam talian yang berkaitan dengan subjek pengajaran. Jurnal reflektif guru pula termasuk pemerhatian, perasaan, analisis, refleksi kendiri, dan penilaian kendiri tentang prestasi pengajaran dan aspek-aspek lain dalam kursus. Rakaman video merangkumi rakaman tentang proses pengajaran dan pebelajaran dalam kelas semasa proses penyelidikan dijalankan. Temubual bertujuan untuk mengetahui pendapat pelajar mengenai kaedah mengajar.


Dapatan kajian tindakan

Keputusan-keputusan kajian menunjukkan bahawa kajian ini menyediakan maklumat untuk meningkatkan kepekaan, kefasihan, fleksibiti, keaslian, dan kreativiti saintifik pelajar-pelajar. Kreativiti pelajar-pelajar dimotivasikan oleh aktiviti-aktiviti dalam talian dan siasatan guru. Walau bagaimanapun, masalah-masalah proses pengajaran dan pembelajaran adalah termasuk tarikan yang kuat terhadap internet, keupayaan pelajar-pelajar yang lemah dalam memproseskan perkataan dan perbincangan dalam talian, dan banyak masa diperlukan untuk menghabiskan aktiviti-aktiviti penerokaan.


Jurnal 3:


Ghaith, G. 2001. Learners’ perceptions of their STAD cooperative experience. System 29: 289-301


Tajuk: Learners’ perceptions of their STAD cooperative experience.


Masalah

Pembelajaran kooperatif telah banyak kali dibuktikan memberi impak yang lebih hebat daripada proses pengajaran berbentuk individualistik dan kompetitif. Walau bagaimanapun, pengetahuan tentang persepsi pelajar-pelajar mengenai pengalaman pembelajaran kooperatif dan keadaan di mana pembelajaran kooperatif boleh meningkatkan pencapaian adalah sedikit. Maka, kajian ini bertujuan menyiasat persepsi sekumpulan pelajar-pelajar sekolah menengah yang mempelajari bahasa Inggeris sebagai bahasa asing melalui strategi pembelajaran kooperatif Student Teams- Achievement Divisions (STAD) tentang pengalaman pembelajaran kooperatif mereka.


Sampel kajian

61 orang pelajar tingkatan 1 yang belajar Bahasa Inggeris sebagai bahasa asing


Setting kajian

Sekolah menengah di Lebanon


Prosedur kajian tindakan

Satu minggu sebelum kajian, para peserta diberi pra-ujian untuk menguji pengetahuan mereka dalam subjek bahasa Inggeris sebagai bahasa asing. Kajian ini berlangsung sepanjang 12 minggu. Para peserta dibahagikan kepada 14 pasukan heterogen dengan 4 orang ahli sepasukan dan 1 pasukan 5 orang ahli. Kajian ini dijalankan berdasarkan 4 komponen dalam strategi pembelajaran kooperatif STAD iaitu mengajar, pembelajaran berpasukan, kuiz individu, dan pengiktirafan pasukan.


Setiap pengajaran dimulakan dengan pembentangan guru untuk memperkenalkan dan membincangkan bahan pelajaran. Kemudian para peserta bekerja dalam kumpulan untuk menyiapkan lembaran kerja mereka dan memastikan mereka membantu satu sama lain supaya semua ahli pasukan telah memahami apa yang diajar dan bersetuju untuk jawapan-jawapan bagi lembaran kerja. Para peserta selepas itu mengambil kuiz individu dan tidak dibenarkan membantu satu sama lain dengan tujuan memastikan setiap pelajar membuat pembelajaran kendiri masing-masing semasa dalam pembelajaran pasukan. Skor pada kuiz digunakan untuk menentukan peningkatan pelajar masing-masing dengan membandingkan kuiz skor bagi pencapaian lepas. Skor pasukan adalah dikira dengan menambahkan skor peningkatan pelajar masing-masing dan dibahagi oleh jumlah ahli pasukan untuk menentukan pasukan purata.


Pada akhir kajian, para peserta itu menyelesaikan satu skala bezaan semantik yang menaksirkan persepsi-persepsi mereka mengenai pengalaman pembelajaran kooperatif. Jawapan-jawapan diletakkan dari 1 hingga 6 untuk menandakan tahap para peserta.


Pengumpulan dan penganalisisan data kajian

Data kajian dikumpul dan dianalisis melalui kaedah kuatitatif iaitu ujian pra dan skala bezaan semantik. Jawapan-jawapan bagi para peserta untuk skala bezaan semantik itu adalah disemak dan peratusan dikira dengan tujuan untuk menentukan persepsi-persepsi mereka tentnag pengalaman STAD mereka.


Dapatan kajian tindakan

61 orang pelajar membalas kepada skala bezaan semantik untuk melahirkan persepsi-persepsi mereka tentang kenikmatan dan keberkesanan pembelajaran STAD selepas 12 minggu pembelajaran kooperatif. Keputusan-keputusan menunjukkan bahawa pelajar-pelajar secara umum mempunyai pengalaman positif dan sanggup mencadangkan penggunaan STAD dalam subjek-subjek lain. Walau bagaimanapun, keputusan-keputusan ini menunjukkan bahawa pelajar-pelajar lelaki adalah lebih jelas daripada wanita tentang prosedur STAD dan mereka menekankan bahawa mereka telah belajar lebih daripada perempuan. Keputusan juga menunjukkan bahawa pelajar-pelajar cemerlang merasakan mereka telah menyumbang banyak dalm pembelajaran subjek ini berbanding dengan subjek lain yang mempunyai pencapaian yang lebih lemah.


Tugasan 1: Ulasan buku

Tajuk: You and Your Action Research Project
Pengarang: Jean McNiff, Pamela Lomax, Jack Whitehead
Penerbit: RoutledgeFalmer,London,2003

Maksud kajian tindakan

Kajian tindakan merupakan satu proses di mana manusia bertanya secara individu dan secara kolektif dalam kehidupan sebenar mereka iaitu 'Bagaimanakah saya memperbaiki dengan apa yang saya sedang lakukan untuk kebaikan semua?’ Kajian ini melibatkan penyelidik supaya dia berada dalam situasi. Kajian tindakan juga merupakan satu nama yang diberi berdasarkan aliran baru-baru ini dalam pendidikan dan penyelidikan sosial di mana "Saya" diletakkan sebagai pusat dalam proses-proses pertanyaan. Ia adalah satu bentuk kajian diri sendiri, atau pertanyaan sebagai orang pertama.

Mengapa guru melakukan kajian tindakan?
Guru ingin membangunkan hubungan berpendidikan bagi membolehkan para peserta untuk belajar dan berkembang. Selain itu, guru melakukan kajian tindakan adalah untuk meningkatkan pembelajaran kendiri dan menambahbaikan situasi sosial sebagai seorang guru.

Bila guru melakukan kajian tindakan?
Guru melakukan kajian tindakan apabila ingin menyiasat sesuatu yang sedang berlaku dan tidak pernah diketahui sebelum ini dalam situasi tertentu serta cuba untuk memperbaikinya.

Di mana guru melakukan kajian tindakan?
Guru melakukan kajian tindakan di tempat kerjanya iaitu sekolah atau situasi di mana guru berada dalam situasi tersebut.

Bagaimana guru melakukan kajian tindakan?

1) Prosedur
  • Mengenalpasti masalah
  • Mengumpul data (pusingan pertama)
  • Mengenalpasti kriteria yang perlu dikaji
  • Membayangkan pelbagai kaedah penyelesaian
  • Melaksanakan kaedah penyelesaian yang dipilih
  • Mengumpul data (pusingan kedua dan selanjutnya)
  • Menghasilkan bukti (memadankan data dengan kriteria = menganalisiskan data)
  • Mengumpulkan bahan-bahan pengesahan
2) Pengumpulan dan penganalisisan data

a) Buku harian kajian
Digunakan sebagai pengkaji untuk mencatatkan idea-idea dan perasaan-perasaan yang bertumpu kepada isu-isu yang berkaitan dengan kajian tindakan. Buku harian kajian mengandungi had masa yang jelas, catatan umum, data mentah yang tertakluk kepada kajian dan mencartakan kemajuan kajian sama ada berjaya atau tidak.

b) Pemerhatian
Pengkaji sebenarnya sedang memerhati apa yang sedang berlaku dan mencatatkan pemerhatiannya. Strategi-strategi mencartakan pemerhatian adalah seperti pengiraan kepala ( mengira jumlah kali berlakunya peristiwa tertentu yang ingin dikaji dan menghasilkan satu carta), carta interaksi (melukis satu grafik yang berhubung secara dinamik apa yang sedang berlaku), analisis bertatacara (menulis satu agenda atau rancangan masa untuk program tertentu dan memplotkan tindakan-tindakan serta interaksi berhubung antara satu sama lain) dan analisis proses interaksi (berguna untuk mengesan perubahan-perubahan dalam kepelbagaian situasi sepanjang masa).

c) Soal selidik
Digunakan untuk mengetahui maklumat yang tidak boleh dipastikan dan menilai kesan suatu tindakan sekiranya tiada cara lain yang lebih sesuai. Soalan tertutup mempunyai format terhad seperti menanda pada kotak tertentu yang mengandungi satu jawapan yang disediakan. soalan terbuka pula membenarkan responden melahirkan pelbagai pendapat mereka.

d) Temubual
Oleh sebab kajian tindakan sentiasa berhala pendidikan, temubual adalah satu perbincangan yang biasa dan tidak formal. Pengkaji seharusnya memberitahu orang yang akan ditemubual tentang apa yang dibincang dan melahirkan kemahiran mendengar yang baik supaya menghormati orang yang ditemubual.

e) Fotografi, rakaman audio dan video
Fotografi dalam kajian tindakan adalah untuk tindakan dokumen manakala rakaman audio dan video merupakan penggunaan media interaktif yang membolehkan realiti direkodkan supay disimpan untuk disunting atau dinilai kemudian.
Etika kajian tindakan
  • menyediakan dokumentasi dan mengedarkannya kepada setiap ahli peserta. Dokumentasi ini adalah termasuk kenyataan etika iaitu bagaimana pengkaji akan melakukan kajian dan surat-surat kebenaran untuk menjalankan kajian ini.
  • berunding dengan pihak berkuasa, para peserta, ibu bapa atau penjaga kepada peserta. Pengkaji harus mewujudkan sempadan-sempadan untuk mengetahui apa yang patut dan apa yang tidak patut dilakukan. Pengkaji juga perlu meminta kebenaran daripada orang yang akan terlibat dalam kajian dengan menghantar surat ke rumah peserta atau mengadakan perjumpaan untuk menjelaskan apa yang akan pengkaji lakukan dalam kajian ini.
  • berjanji kerahsiaan dalam segala informasi, identiti dan data keputusan kajian. Semua perkara harus mendapat kebenaran sebelum memaparkan keputusan kajian. Segala rakaman video atau audio harus mendapat persetujuan sebelum melakasanakannya dan menjelaskan kepada orang yang akan ditemubual bahawa bagaimana data akan digunakan dan pengkaji harus berpegang kepada komitmen sendiri.
  • mewujudkan daripada permulaan bahawa pengkaji adalah seseorang yang boleh dipercayai dan harus berpegang kepada segala janji tentang rundingan, kerahsiaan dan laporan.