Sunday, November 22, 2009
Aktiviti 6: Tugasan 4 - Mini Kajian Tindakan
Sunday, November 15, 2009
Aktiviti 5: Tugasan 1 - Buku & Tugasan 4 - Mini Kajian Tindakan
Guru pelatih
- Untuk memahami situasi sebenar di sekolah(sebagai panduan pada masa hadapan).
- Sebagai rujukan untuk menangani masalah yang bakal dihadapi di sekolah.
- Sebagai pembelajaran seumur hidup.
- Untuk melatih diri supaya menjadi seorang pendidik yang kreatif dan inovatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
- Untuk merancang proses pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dan bermakana kepada pelajar dimana guru boleh mengaitkan pengajaran dengan kehidupan harian.
Guru novis
- Mengenalpasti masalah yang dihadapi, punca-punca masalah dan cara-cara penambahbaikan.
- Memperbaiki kaedah pengajaran dan pembelajaran sedia ada supaya menyesuaikannya dengan tahap penguasaan dan kebolehan pelajar.
- Pembelajaran seumur hidup.
- Melahirkan model insan yang mempunyai jati diri yang kuat, berketrampilan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi selaras dengan keperluan negara maju 2020.
- Meningkatkan interaksi di antara guru dengan guru dan guru dengan pelajar.
Guru berpengalaman
- Hasil dapatan daripada kajian tindakan dapat dijadikan rujukan guru pelatih dan guru novis.
- Pembelajaran seumur hidup.
- Menggalakkan guru menyelesaikan masalah amalan harian dengan membuatrefleksi bagi mendapatkan idea dan strategi baru dalam usaha membawa pembaharuan dan kemajuan.
- Menggalakkan guru menyelidik amalan-amalan yang ingin diperbaiki dalam kerjamereka dalam kelas untuk membaiki tindakan dan menilai hasil dan keberkesanan usaha itu.
- Menambahbaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sedia ada hingga mantap supaya berkesan kepada pelajar.
Mengapa kumpulan saya ingin melakukan tajuk yang dipilih untuk mini kajian tindakan?
1) Memberi peluang kepada pelajar belajar antara satu sama lain.
2) Meningkatkan keyakinan diri pelajar dalam membentangkan hasil kerja mereka depan kelas dan proses pengajaran rakan-rakan yang lain tentang tajuk yang diberikan.
3) Meningkatkan kefahaman pelajar melalui penerokaan sendiri terhadap tajuk yang diberikan.
4) Melatih kemahiran memimpin pelajar dengan bekerja dalam kumpulan, misalnya dari segi pembahagian tugasan, pengurusan masa, pemilihan strategi pelaksanaan dan membuat keputusan.
5) Melatih kemahiran integrasi sosial pelajar dari segi pemberian pendapat tentang pembentangan atau jawapan rakan-rakan dan penerimaan pendapat atau komen orang lain.
6) Menggalakkan kerjasama antara pelajar.
7) Membentuk proses pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna kepada pelajar.
Aktiviti 4: Mini Kajian Tindakan
Peserta kajian: Pelajar Sains
Setting kajian: Bilik darjah
Aktiviti 3: Tugasan 3 - Kolokium DPLI
Saturday, November 14, 2009
Aktiviti 2: Tugasan 2 - Jurnal
Aktiviti 1: Tugasan 1 - Buku
The action of action research…implies change in people’s lives and therefore in the system in which they live
- Suatu aktiviti profesional yang berterusan dan berkitar dimana ia perlu diintegrasikan dalam kebiasaan seseorang dan bertujuan untuk penambahbaikan.
- Sesuatu yang praktikal kerana data yang dikumpul boleh membawa perubahan terhadap kelas atau sekolah dengan segera selepas kajian tersebut.
- Melibatkan kerjasama antara guru dengan pelajar dan guru dengan guru. Setiap orang yang terlibat boleh mempengaruhi dan memberi sumbangan yang sama rata terhadap kajian.
- Sentiasa bersedia untuk memberi penyelesaian berdasarkan pendapat yang berlainan daripada peserta kajian tersebut.
- Bertindak sebagai agen perubahan seperti pertanyaan pelajar tentang kaedah pengajaran guru untuk mendapatkan maklum balas tentang kekuatan dan kelemahan kaedah yang digunakan.(Buku: Practical Action Research For Change 2nd edition)
Kajian tindakan merupakan:
- proses di mana manusia bertanya secara individu dan secara kolektif dalam kehidupan sebenar mereka, 'Bagaimanakah saya memperbaiki dengan apa yang saya sedang lakukan untuk kebaikan semua?’
- kajian di mana penyelidik berada dalam situasi
- satu nama diberi berdasarkan aliran baru-baru ini dalam pendidikan dan penyelidikan sosial di mana "Saya" diletakkan sebagai pusat dalam proses-proses pertanyaan.
- satu bentuk kajian diri sendiri, atau pertanyaan sebagai orang pertama.
(Buku: You And Your Action Research Project)
Tuesday, November 10, 2009
Tugasan 3(II): Laporan Pembentangan Kolokium Senior
Pernyataan masalah
Metodologi, setting kajian, sampel kajian
Pengumpulan dan penganalisisan data
Apa yang dapat saya pelajari dari kajian tersebut